168km dan 4 jam sehari

Thursday, February 12, 2009

Setiap hari adalah perjalanan hidup yang dilalui melebihi 4 jam sejauh 168km. Setiap hari adalah hari yang berbeza. Pemandangan hari ini tidak sama dengan semalam. Pemandangan semalam tidak mungkin akan ada pada hari ini. 

Inilah tanda kebesaran Allah yang mencorakkan dan menghiasi alam tanpa ada yang sama dan berulang. Betapa lemahnya manusia yang ingin mencipta sesuatu yang berbeza tetapi dapat ditiru tidak lama selepasnya.

Kepelbagaian corak dan hiasan di jalanraya dan lebuhraya juga amat menarik sehingga amat payah dicari di mana-mana jalan atau lebuhraya. Lopak-lopak air, rekahan-rekahan, lubang-lubang dan alunan-alunan jalan seperti di Jalan Kempas dan 'Lebuhraya' Pasir Gudang dapat mengingatkan kita supaya sentiasa berhati-hati dan bersyukur kerana masih hidup dan tidak mati lagi kerana dilanggar akibat mengelak lubang-lubang tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

My Blog List

My Blog List